Bagaimanapun dalam surah Al-Maidah’ ayat empat ada dinyatakan bahawa anjing yang dilatih untuk tujuan berburu adalah dibenarkan dan hasil buruannya adalah halal.
Oleh itu memelihara anjing untuk tujuan memburu dan menjaga keselamatan rumah adalah diharuskan.
Orang Muslim yang membela anjing wajib menjaga kebersihan dengan menyamak anggota badan yang terkena najis atau air liur haiwan berkenaan.
Sekiranya tangan kita kering dan anjing itu pun kering, maka ia tidak perlu disamak namun anggota badan kita basah manakala anjing itu kering, maka ia perlu disamak begitu juga sebaliknya.
No comments:
Post a Comment