Pages

Tuesday, January 26, 2010

Subjek baru untuk generasi muda - Dr. M

JITRA 25 Jan. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyarankan agar satu subjek baru yang menekankan mengenai pembinaan karakter diajar di sekolah-sekolah bagi menanam nilai-nilai murni kepada generasi masa kini.

Dr. Mahathir berkata, pendidikan agama yang ada diajar di sekolah masih tidak mencukupi untuk membentuk anak-anak muda yang mempunyai karakter yang mulia.

"Saya dulu jika buat salah mesti kena jentik, kena cubit namun keadaan sudah berbeza sekarang.

"Kini di rumah juga tidak ada pendidikan yang baik daripada ibu bapa dan jika di sekolah apabila anak-anak kena marah ibu bapa akan saman guru pula," katanya selepas menyampaikan ucaptama sempena kolokium pendidikan negeri Kedah di Dewan Mu'adzam Shah, Universiti Utara Malaysia di sini.

No comments: