Pages

Saturday, January 2, 2010

Isteriku Lisa...

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Lisa lembut sambil
membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik
isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana
dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah
dah siap ni."

Lisa hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak
mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung
macam ni, ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni
abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya
tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam.
Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan
isterinya, Lisa. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata
dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama
keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar
untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan
Honda Civicnya mula memecut.Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua
kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap
pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari
tidurnya."Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai
kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju
sangat bang,20 Lisa takut." Lisa cuba memujuk Usin supaya memperlahankan
kenderaannya. "Rileks Liza?tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas
ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya
memotong bas ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi
bas ekspres. Lisa tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear
3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya
tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!

"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka
matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan
Lisa mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin
menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis
semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Usin tepat-tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak,
Lisa?" Usin masih terus menangis.

PANGGG!!

Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin
terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu? "Banyak la engkau punya
isteri! Kerja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi
senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus
merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin
biskut! Malu beb!!

Sekian.

Moral: Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi

3 comments:

Badio Sulaiman said...
This comment has been removed by the author.
Badio Sulaiman said...

aku rasa usin ya memang ngigau tahap cipan.. skjp bini nya nama liSa, skjp nama liZa.. oi pok, bangga aku ko dpt gi Hong Kong.. aku nk molah permintaan sigek ?

mun ko ada lalu rah stesyen bas, blh x tlg conteng ayat "Badio was here".. ne tauk suatu hari aku akan jmpa blt tulisan ya atau atleast org yg knl ngan aku igt aku prnh sampe sia..

Ammar Funna Abidin said...

haha.. aku rasa, ko ya mabok.. ney lah usin ya bcrita.. aku copy jak dr forum hehehe