Dilulus terbit pada Friday, March 13 @ 10:10:56 MYT oleh TokPenghulu
Oleh imacbook
TKO
"Sebulan sebulan pelancaran rasmi, dikatakan pada bulan April kelak, dan sebulan selepas pengumuman pemenang peraduan mencipta nama mpv buatan Proton itu, kini timbul polemik baru.
Proton, singkatan bagi Perusahaan Otomobil Nasional boleh dikatakan sentiasa mengundang kontroversi setiap kali ada model baru dipamerkan.
Kebanyakkan kontroversi berlegar sekitar hal kualiti, servis dan permasalahan pengguna Proton yang tidak habis-habis.Paling melucukan, pada masakini ialah apabila Proton memilih nama Exora sebagai nama rasmi MPV terbarunya, sedangkan mengikut syarat pertandingan, nama bunga tidak dibenarkan.
Dan sekarang, timbul pula akan haramnnya Proton menerima tempahan kereta MPVnya kerana dalam Islam, soal Gharar amat dititik beratkan dalam perniagaan.
Perkara ini dibangkitkan oleh seorang tokoh agama terkenal di Malaysia ini, iaitu Ustaz zaharuddin.
Hal ini disiarkan di dalam Metro Ahad pada 8 Mac 2009 dan juga di dalam website nya di http://www.zaharuddin.net/content/view/809/72/.
Amat malang perkara ini berlaku.Melihat pada senario ini, jika kita perhatikan, bahkan syarikat kenderaan ternama seperi Toyota dan Honda tidak mengamalkan jualan sebelum pelancaran rasmi ini.
Tapi lain pula berlaku pada syarikat Malaysia, dimiliki oleh orang Islam sendiri, yang mementingkan glamor mungkin, mempromosikan MPV nya bagai nak rak, tapi tidak mendedahkan secara terperinci apa yang bakal pembeli dapat setelah membuat 'booking'.
Kita boleh katakan bahawa pengguna yang telah membuat tempahan tersebut seolah-olah "Ditipu Hidup-hidup Oleh Proton!".
Di bawah saya senaraikan petikan dari website yang dihormati,Ustaz Zaharuddin:
Hukum asal bagi setiap pembelian sebegini adalah HARAM disebabkan wujudnya gharar atau uncertainty harga, bentuk dan ciri specific kereta tersebut. Pembelian ini boleh dikategorikan sebagai Istisna' iaitu pembelian sesuatu barangan yang akan disiapkan oleh penjual melalui proses perkilangan dan pembuatan
1) Kemestian menjelaskan sifat-sifat barang yang diingini dengan jelas.
2) Menetapkan tempoh siap pembuatan sama ada panjang atau pendeknya. Kecuali mazhab Hanafi tidak mensyaratkan sebarang tempoh tertentu, kerana itu adalah syarat dalam jualan as-Salam. [1]
3) Sebelum pembuat memulakan kerja, status aqad adalah ghayru lazim ( boleh dibatalkan oleh sebelah pihak walau tanpa persetujuan yang lain), namun setelah kerja tamat sebelum diberikan kepada penempah, aqad telah bertukar menjadi lazim (hanya boleh dibatal dengan persetujuan kedua belah pihak). Adapun, jika hasil kerja pembuat berbeza dengan perincian sifat yang ditempah, penempah boleh memilih sama ada untuk meneruskannya. Keputusan Akademi Fiqh OIC dan Majlis Syariah Majis Perakauan dan Kewangan Islam sedunia memutuskan bahawa istisna adalah aqad lazim.
4) Harus penempah (pembeli) mengenakan denda dalam bentuk kewangan ke atas pembuat sekiranya ia gagal menyerahkan barang yang dijanjikan dalam masa yang ditetapkan.
Keperluan mengetahui dengan jelas harga, tempoh serahan dan lain-lainya diadaptasi dari hadis Nabi s.a.w dalam hal jualan as-salam
من أسلف فليسلف في كيل معلوم , أو وزن معلوم إلى أجل معلوم
Barangsiapa yang membeli secara serahan barangan tangguh (as-Salam), hendaklah ia menetapkan timbangan, beratnya dan tempoh masa dengan jelas. (Riwayat al-Bukhari)
Friday, March 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment