Pages

Monday, March 2, 2009

Isteri ku... suri rumah sepenuh masa

Mulianya pekerjaan mu, bergajikan berkat Allah SWT...
Seribu, dua ribu... seratus ribu pun boleh, hanya Allah shj yang tahu
Aku sememangnya memilih mu walaupun hanya punyai SPM, disebalik byknya pemegang ijazah & master disekeliling ku... hanya kerna aku tahu sukarnya mencari seorang wanita dizaman 'kebendaan' ini, yg sanggup menjaga rumah tangga sepenuh masa, yg pasti tiada peluang naik pangkat & kenaikan tahunan....

Anakku... kau bertuah kerna ibumu sentiasa disisi, meyakinkan aku bahawa engkau suatu hari nanti adalah anak yg akan menyinari hidup Ibubapa mu ketika kami tidak lagi bermaya... berkat kasih sayang yg tidak putus2 drp Ibumu, sedangkan kawan2 mu diluar sana terpaksa mencari2 peluang masa utk bermanja dgn ibu-ibu mereka... kerna ibu2 zaman siber kini sibuk menyelesaikan masalah ditempat kerja, supaya peluang kenaikan gaji & pangkat sentiasa terbuka...

Semoga Allah SWT memberkati hidup mu Isteriku, dan semoga engkau turut diterima dikalangan hanya segelintir wanita yg dijanjikan Allah SWT akan SyurgaNya...

No comments: