Pages

Tuesday, February 15, 2011

Kamus Hidup 3 - Aku & Sholat 3

Herm, berkisar di hujung tahun 90-an, mungkin aku berada di darjah 5 atau darjah enam. Setiap malam Jumaat, Masjid di rumah aku selalu ada program dan dikuti solat sunat. Setiap kali solat sunat di lakukan, lampu dalam masjid di tutup. Mungkin bertujuan menambah khusyuk para jemaah. Di kampung, aku dan kawan2 aku selalu hadir.


Solat Isya'tu kami buat, tapi waktu solat sunat memang kami tak buat. Gelap, siapa tahu kalau kami tak ade. Tapi, Ustat yang menjadi Imam a.k.a guru ngaji aku, tau kegiatan kami. Kami datang hanya dengan satu tujuan. MAKAN. Malam Jumaat memang syurga buat kami. Para jemaah masing membawa juadah bermacam warna, bau dan rasa. Menu xpernah sama, bervariasi.

Al-kisah, sewaktu solat sunat di mulakan, maka kami semu keluar surau. Anggaran ukuran umur kami waktu itu 11-15 tahun. Aku termasuk golongan bongsu. Di sebelah surau kami ada sebuah rumah berpenghuni, dan ada sebatang pokok Mangga. Waktu itu memang tengah musim pun. Oleh kerana aku bongsu, maka aku, kazen aku (Andy) dan kawan (Lupa suda) ku di suruh menjolok pokok mangga. Kebetulan rumah itu kosong dan tuan rumah entah kemana. Kawan aku yg lain menunggu di bustop diseberang jalan as mata2.

Andy yang tua setahun dari ku menemui galah, dan antara kami, andy lah yang tinggi. Aku dan kawan ku menunggu untuk memungut buah mangga yang jatuh. Maka Andy pun menjoloklah pokok tersebut. Keadaan memang gelap, dalam hatiku, tak tahulah apa yang di jolok si Andy. dalam tempoh 2-3minit menjolok. Maka kami dikejutkan suara umpama suara jin dari pokok (Walaupun aku xpernah dengar suara jin macam mane) di ikuti bunyi angin umpama sayap mengipas2 kepaknya. Andy terus mencampakkan galah dan kami bertiga lari lintang pukang. Kami berlari tanpa arah. Kawan aku (di bustop) yang melihat kami lari lintang pukang turut berlari.

Aku sangat terkejut dan seram. Fenomena yang tidak pernah aku alami selama seumur hidup aku. Setelah masjid terang, maka aku pun masuk ke masjid, begitu juga kawan aku yang lainnya. Entah mereka semua datang dari mana. Maklum, semua membawa haluan masing2 menyalamatkn diri.

Sewaktu berkumpul sambil menikmati juadah, kawan aku (yang menunggu di bustop) bertanya, apa yang terjadi. Maka kami ceritakanlah pengalaman kami. Suasana seram berubah menjadi gelak ketawa. Rupanya2, suara jin tu sebenarnya adalah suara Ayam. Andy mungkin terjolok ayam yang sedang tidur di dahan. Ayam terkejut, lalu kami pun terkejut.

No comments: