Pages

Friday, September 24, 2010

Kamus Hidup - Aku dan Sholat 2

Assalamu'alaikum. Kali ini aku nk cerita pasal solat buat kali kedua kalinya. Kejadian ini berlaku sewaktu aku sekolah menengah. Kurang pasti kelas berapa aku waktu itu. Yang aku pasti, aku bukan di kelas bisnes mahupun ekonomi.

Sekolah aku adalah sekolah lelaki walaupun terdapat jantayu (jantan ayu) atau waria (wanita pria).Aku tidak pasti sama ada aku ini termasuk pelajar yang bermasalah atau tidak. Yang pasti, aku lelaki sejati. Tidak perlulah untuk dipertikaikan seperti mempertikaikan harga belacan yang naik 10 sen dipasaran dunia. Waktu itu ustat di sekolahku iaitu Ust. Effendi yang best menjemput pelajar untuk menghadiri Qiamullail di sekolah. Namanya Qiam, sudah pasti solat sunat dilewat malam hari. Haha, bahagianya hati mendengarnya.

Aku rasa, mungkin terdapat 30 pelajar yang hadir. Jam menunjukkan jam 10.00 malam. Kami mempunyai rencana dan submisi yang harus di laksanakan adalah memdodoikan ustat. Caranya senang, yakni dengan kami berpura-pura tidur. Jam 11.00 malam, Ustat aku yakin dia dah tidur. Tak tahulah pulak aku air liur beliau meleleh ke tidak. Boleh dikatakan 95% pelajar keluar dari surau. Yang tinggal aku sebut budak baik lah. Misi sebenar pun bermula. Kegiatan kami dimalam itu mudah. Kami bermain futsal di belakang sekolah. Di situ fasiliti cukup termasuk lampu. Lebih terang dari lampu keypad hanphone nokia 3310. Maka terjerit-jeritlah kami umpama ayam tengah nak berak dikejar penyembelih.

Kalau tidak salah, kami bermula jam 12.00 tengah malam dan habis bermain mungkin jam 3.00 lebih pagi. Setelah hilang peluh pada badan, (bau kami waktu itu hanya wangi sedikit je dari kambing) maka kami semua masuk ke dalam surau untuk tidur.

Ku rasakan tidak sampai 5 minit sudah ada yang mengejutkan ku. Teringin je aku nak selamkan kepala orang tu kat tempat lembu berkubang. Rupa-rupanya Ustat menggerak semua pelajar yang ada untuk bersedia solat. Ya Allah ngantuknya minta ampun. Ustat yang mengimamkan kami semua. Pada berdiri solat rakaat pertama, semua kelihatan normal. Tetapi aku yakin, jika dilihat dari tepi, barisan shaf solat kami berayun seperti pokok ditiup angin. Semua macam orang mabuk minum todi. Manakan tidak, ngantuknya kami semua minta ampun. Baru aku faham, mengapa Islam mengharamkan arak. Itu baru mengantuk, belum lagi mabuk. Dahsyat!!

Namun yang tidak normal adalah sewaktu kami semua rukuk, terdapat pelajar yang masih berdiri. Aku tidak ingat siapa yang berdiri waktu itu. Sebab aku sendiri tak sabar menantikan waktu sujud. Sewaktu duduk antara dua sujud, kawan aku itu ku lihat masih berdiri. Hebat!!! Tidur sewaktu berdiri. Hairan aku. Dengan tangan dilipat diatas dada, seperti mayat bangkit. Gila itu budak. Tapi aku tak mampu untuk ketawa. Kerananya aku pun terus sujud dan aku tidak ingat apa yang berlaku. Aku juga turut serta dengan rakan-rakan seperjuangan untuk tidur.

2 comments:

Marina Fauzia said...

Baca tulisan ini, jadi inget kisah sahabat Rasul (lupa namanya), yg bliau mengikuti Rasul pada saat tahajud, pada saat surat Al-baqoroh selesai,shabat b'pikir ini ayat terakhir dan akan bergegas rukuk, tapi gak..Rasul malah lanjutin bacaannya ke surat Ali-Imran, di akhir surat..sahabat berpikir lagi mungkin ini ayat terakhir, tapi Rasul terus melanjutkan sampai surat An-Nisa..
Subhanallah, 6 juz dalam satu rakaat,diri ini jauh banget rasanya mar T_T

Btw, maksud kalimat"aku pun terus sujud dan tak ingat apa yg blaku..", maksudnya lagsung trtidur dan gak bangun2 ya?, haha..amar..amar

Ammar Funna Abidin said...

haha.. itu yg jd msalah.. nggak ingt.. trtidur.. atau bagaimana.. entahlah..

Herm.. jd malu dgn diri sndiri..