KUALA LUMPUR 17 Jun – Pembelian 25 buah kereta peronda polis berprestasi tinggi jenis Mitsubishi Evolution X bernilai kira-kira RM4 juta dibuat secara rundingan terus dan bukannya terbuka.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perolehan secara rundingan terus bertujuan memastikan kenderaan yang dibekalkan kepada kerajaan adalah tulen dan baru.
Kata beliau, ia juga membolehkan kenderaan itu diperoleh dengan harga kompetitif apabila diambil terus daripada kilang Mitsubishi di Jepun tanpa melalui pihak ketiga.
Menurutnya, kos seunit kereta adalah RM151,000 (percuma atas kapal) dan selepas dilengkapi dengan aksesori tambahan penting untuk menjadikannya sebagai sebuah kereta peronda lengkap, harganya adalah RM159,000 seunit.
“Perolehan kesemua kereta itu adalah melalui syarikat Mitsubishi Motors Malaysia Sdn. Bhd. yang merupakan pemegang francais dan pengedar sah kenderaan jenis berkenaan di negara ini serta dilantik khas oleh Mitsubishi Motor Jepun,” katanya dalam jawapan bertulis soalan Lim Lip Eng (DAP - Segambut) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Thursday, June 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment