Pages

Tuesday, November 25, 2008

Sifat Manusia

Manusia Tidak Pernah Menghargai Apa yang dimilikinya, sehingga Allah menarik apa yang Allah pinjamkan kepada hambanya dan ianya mulai terasa kehilangan apa yang Allah pernah pinjamkan kepada hambaNya. Itu Doank

Saturday, November 8, 2008

Lawak Kedai Kopi - Forumer TKO

I read this in TKO Forum.. n vewy funny la.. siyes.. hahaha.. i donno the name of the story teller..


"Semalam aku ke kedai kopi bersama sama rakan ku yang seorang pucuk pimpinan PAS negeri yang aku diami.

Di kedai kopi (restoran) tersebut kami duduk semeja dengan beberapa pakcik (hardcore UMNO).

Dalam duk sembang isu tempatan , berita Bernama di TV menayangkan Demo Bantahan Cadangan (suggestion) MB Selangor tentang UITM. Beberapa student diteruramah.

Antara isi teruramah

Bla bla bla , dam dim dam , bla bla bla , dum dim dem , UITM benteng terakhir melayu . Bla bla bla , MRSM , Biasiswa dan bla bla non bumi sudah boleh masuk.

Pengkhianat Bangsa , bla bla

*Dalam hati aku teringat KJ kata orang berdemo ni beruk jalanan.

Anyhow nak jadi cerita one of the pakcik tu kata "tengok tu baru memerintah negeri dah mengkhianat negara, Camni nak jadi pemerintah , habis melayu tergadai"

Aku terdiam , aku lihat muka member aku , dia angguk (bagi signal) , so aku angguk balik.

Aku tanya pakcik tu , "apa maksud benteng terakhir"

Dia jawab " tu la ko ni tak ikut perkembangan semasa , benteng terakhir yakni UITM tulah yang tinggal utk melayu"

Aku tanya balik " habis mana pi benteng benteng lain"

Member aku mencelah " la ko ni "bengap" betul , benteng lain semua dah pecah cam bebudak UITM tu kata , semua gara gara BN , Kan BN pemerintah Malaysia sejak 50 tahun dahulu"

Semua terdiam.

Aku senyum , member aku senyum , kami dua saling angguk mengangguk.

P/s - nasihat aku kat adik adik aku kat UITM , depa bagi duit suruh demo , ambil aja , abang sebagai pembayar cukai , redha duit kami tersebut utk adik adik. Bukan apa kami faham klu adik adik tak ikut arahan mereka , susah nanti. Cuma time klu dah boleh mengundi , undilah ikut akal."

From TKO

Friday, November 7, 2008

Kisah Seorang Istri.. Untuk Renungan Bersama

Untuk dijadikan ikhtibar kepada semua.
Kami mendirikan rumahtangga dua tahun yang lalu. Sehingga kini kami belum dikurniakan cahaya mata. Isteriku belum bersedia menerima kehadiran cahaya mata kami. Alasannya kami perlu enjoy dulu sebelum kehadiran orang ketiga (anak).

Dalam pada itu, isteriku mempunyai hobi bagi mengisi masa lapang tersendiri. Dia suka melayari internet terutamanya ketika ketiadaan aku di rumah. Disamping itu dia juga suka bermain chatting. Kekadang rasa cemburu menyelinap juga di hatiku.

Pada satu waktu (malam) ketika isteriku sedang berchatting aku mencuri pandang ke arah monitor dan mengingati nickname yang digunakannya. Kemudian aku memberitahu yang aku ingin keluar berjumpa teman sebentar. Padahal aku pergi ke cc berhampiran rumah kami.Di sana aku cuba mendapatkan isteriku melalui channel mamak. Aku merahsiakan identitiku yang sebenar. Aku berjaya mendapatkannnya. Kami bertukar-tukar email.

Semenjak daripada itu kami berinteraksi melalui email dengan menggunakan identiti palsu. Hampir empat bulan hubungan kami berinteraksi melalui email. Foto yang ku kirimkan melalui email juga bukanlah foto asalku. Aku menggunakan foto temanku. Sebaliknya foto yang ku terima daripada isteriku adalah foto asal. Boleh dikatakan tidak kurang daripada tiga kali dalam satu hari kami berinteraksi melalui email.Pada satu hari aku dijemput menghadiri satu seminar tajaan majikan aku di Johor Bharu. Aku memberitahu isteriku bahawa aku akan berada di Johor Bharu untuk selama tiga hari kerana menyertai seminar tersebut. Pada waktu yang sama melalui email aku mengajak isteriku yang juga kekasihku mengadakan temujanji. Dia menerima pelawaanku dengan senang hati.

Segala-galanya telah pun aku aturkan terlebih dahulu. Aku meminta dia menunggu kedatangan ku di sebuah hotel empat bintang di Kuala Lumpur. Melalui temanku secretary, aku meminta temanku menyampaikan pesanan padanya melalui telefon bimbit bahawa ketibaan ku daripada Brunei Darul-Salam agak lewat 5 jam. Temanku menyarankan agar isteriku membantuku membuat tempahan bilik di hotel tersebut. Isteriku bersetuju. Kira-kira pada jam 11.15 malam aku bersama temanku menuju ke hotel tersebut. Seperti yang dirancangkan temanku bertindak sebagai aku dan menemuinya di ruangan legar hotel tersebut. Daripada satu sudut aku memerhatikan gerak-geri mereka. Temanku berjaya memainkan peranan sebagai aku. Perbualan mereka di lobbi hotel seterusnya ke restoran hotel tersebut berlangsung selama kira-kira dua jam.

Dalam pertemuan tersebut, temanku meminta agar isteriku menanti di kamar hotel kerana ada satu tugas yang perlu diselesaikan pada malam itu juga. Isteriku bersetuju. Selesai pertemuan tersebut isteriku dan temanku berpisah. Isteriku menuju ke kamar dan temanku menuju ke arah aku. Selesai tugas oleh temanku dia pun pulang ke rumah. Sekarang tibalah giliran aku memainkan perananku.

Aku memasuki kamar isteriku pada jam 4 pagi. Aku sudah bertawakkal pada waktu itu. Apa akan berlaku, berlakulah. Aku dapati isteriku sedang nyenyak tidur diulit mimpi indah. Tubuhnya dibaluti selimut tebal. Dia tidak menyedari akan kehadiranku waktu itu. Perlahan-lahan aku memadamkan lampu tidur di kamar tersebut. Kini, keadaan kamar tersebut kini gelap gelita. Aku mendekati isteriku dan berbaring di sisi. Alangkah terkilannya aku pada waktu itu apabila aku dapati isteriku berpakaian yang amat menggairahkan.
Dalam kegelapan aku termenung sejenak. Akhirnya penantiannya berakhir apabila dia mendapati kekasihnya berada di sisi. Dengan menggunakan wangian yang sama seperti temanku mungkin dia tidak dapat mengesan bahawa insan disisinya adalah aku. Aku terus memainkan peranan dan mendapat respon yang baik sekali daripada isteriku. Aku tidak mengeluarkan suara sebaliknya aku lebih menumpukan pada tindakan ku. Maka hubungan sulit antara aku dan isteriku berlangsung pada pagi itu. Dia memuji kehebatan aku.

Setelah tamat permainan kami yang berlangsung hampir dua jam.......aku pun menghidupkan lampu. Alangkah terkejut dan terpinga-pinga dia bahawa apa yang berlaku tadi adalah antara aku dan dia. Mulutnya terkunci tak terkata apa. Pucat, menggigil dan sebagainya. Tetapi aku cool. Aku tak cakap banyak sebaliknya aku tidur kerana aku sendiri pun keletihan... Sehingga hari ini aku tidak memberi sebarang komen atas apa yang berlaku. Aku tidak mahu menjelaskan apa-apa. Aku membiarkan keadaan dan peristiwa itu berlalu begitu sahaja. Sesungguhnya dia masih isteriku dan dan aku suami yg malang.

Kesimpulannya. ............jangan sesekali memberani kan diri dlm membuat sesuatu hubungan sulit #######!!!?? ? !!!! dan melayari chatting....... Padah akibatnya... .. kenapa perempuan lebih berani dari lelaki? Apakah itu tandanya kiamat telah hampir akibat ketidakpuashatian hak?
Nauzubillah....

-Kisah Benar dari Seorang Hamba Allah-

POLITIK ACHEH, NAD


Ibnu Hasyim:
Catatan Perjalanan

MOTOSIKAL yang saya tumpangi berhenti depan sebuah warung, tertulis ‘Mie Acheh Istimewa Titi Bobrok’, di Jalan Setia Budi Medan.

“Istimewanya mie Aceh ini buatan sendiri orang Islam, antara campuran tepungnya termasuk rempah dan segala macam.. membuat rasanya lain dari yang lain.” Kata kawan saya itu, sambil turun dari motosikal terus masuk ke kedai itu.

Kedai itu agak maju, 3 kali ganda berbanding 10 tahun lalu waktu itu saya juga menjadi antara peminatnya. “Apakah pengunjung-pengunjungnya hadir kerana simpati kepada perjuangan rakyat Aceh?” Tanya saya.

Hal ini mengingatkan saya kepada pertemuan pagi tadi dengan seorang bekas tentera Republik Indonesia (RI), yang baru-baru ini mendapat hadiah penghargaan kerana jasa perjuangannya kepada negara sejak sebelum merdeka lagi. (RI merdeka pada 1947). Beliau adalah Abdullah Zaman (atau Abdul Rahman) yang lahir pada 22-3-1928, berumur kira-kira 80 tahun, tetapi masih kuat badan dan ingatannya.

“Saya adalah anak buah kepada Tengku Daud Barueh, ulama pejuang pembebasan Negara Aceh. Beliau adalah pemimpin PUSA atau Persatuan Ulama Seluruh Aceh. Beliau bersama Karto Suwirio dari Jawa Barat dan Kahar Muzakkir dari Sulawesi sama-sama berjuang untuk menegakkan Darul Islam atau Negara Islam di RI sejak belum merdeka lagi.” Kata Bapak Abdullah.

“Dan atas nama perjuangan kemerdekaan, beliau sanggup membantu Seokarno dengan menghadiah sebuah kapal terbang milik rakyat Aceh kepada Seokarno, kerana waktu itu Aceh mempunyai dua buah kapal terbang. Sukarno berjanji akan memberi kebebasan kepada Aceh untuk menegakkan Negara Islam sesudah merdeka.”

“… Bermakna Aceh mempunyai kekuatan yang kuat di saat perjuangan kemerdekaan Indonesia masih tiada kekuatan peralatan.. Bagai mana boleh jadi begitu?” Sampuk saya.

“Pertama kerana dasar Islam itu sendiri bisa melahirkan mujahid-mujahid tulin… hingga ada yang bergabung di bawah MASYUMI atau Majlis Syura Muslimin Indonesia. Kedua kerana rakyat Aceh terdiri dari ramai pedagang-pedagang. Contohnya wujud Kesatuan Saudagar Muslim di Aceh masa itu yang membantu perjuangan Islam Aceh… Ini yang ramai orang tidak tahu…” Jelas Bapak Abdullah lagi.

“Terngiang-ngiang di telinga aku pesan Tengku Daud Barueh kepada kami anak-anak buah perjuangannya dulu.. ‘Perjuangan kita hari ini adalah jambatan emas buat anak cucu kita akan datang.’ Aku ingat kata-kata beliau itu sampai sekarang!”

Tetapi dengan rasa sedih dan pilu Bapak Abdullah berkata lagi, “Tetapi selepas merdeka, Aceh cuma diletakkan di bawah Kecamatan Medan atau Sumatera Utara. Untuk dapatkan hak Negara Islam perlu dapat kelulusan dari Medan. Suekarno lepas tangan. Begitulah… perjuangan Islam yang besar dan luas telah di’kecil’kan oleh nasionalis Suekarno. Maka perjuangan terpaksa diteruskan, walaupun masih dalam kelompok sendiri yang kononnya sudah merdeka. Jambatan Emas harapan rakyat Aceh hanya jadi Titi Bobrok (jambatan reput)..”

Kawan saya pembawa motosikal yang saya tumpangi ke gerai mei Aceh itu berkata, “Hingga baru beberapa tahun kebelakangan ini selepas malapetaka tsunami, berlaku perjanjian damai antara GAM atau Gerakan Aceh Merdeka dengan RI… maka pertembungan sudah tiada lagi. Kita singgah ke gerai mei ini tidak lagi diangap sebagai para simpati kepada golongan yang ditindas oleh RI. Tetapi ramainya mungkin cuma kerana sedap dan lazatnya sahaja!.”

Hal ini membuat saya pula merasa sedih dan pilu apabila mengenagkan politik di negara sendiri. Bagaimana pula kalau Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia, apakah PAS atau golongan pejuang-pejuang Islam akan menerima nasib seperti Tengku Daud Barueh tersebut??

Demikian catatan santai untuk kali ini… Akan datang catatan perjalanan ke Aceh pula. Wallahu ‘aklam.

Ibnu Hasyim, TKO
Medan Indonesia 2008.

Monday, November 3, 2008

KIM TAE HEE (^o^)V


Kim Tae Hee (born March 29, 1980) is a South Korean actress from Ulsan. Kim, who received a bachelor degree in fashion designing at the Seoul National University, rose to stardom via her portrayal of the evil stepsister in the popular SBS TV series Stairway to Heaven. Her recent TV projects include the supernatural KBS series Forbidden Love and the SBS campus romance Love Story in Harvard. Both series were successful. For her performance in Forbidden Love, Kim was honored with the Best Female Newcomer award. Her younger brother is Lee Wan, who is quietly making a name for himself as well in the entertainment industry. She is well known for being beautiful and intelligent for having studied at the most prestigious university in Korea.


Profile

  • Date of birth29/3/1980
  • Height165cm
  • Weight48kg
  • Blood typeO
  • FamilyParents, sister, brother(Lee Wan)
  • Place of birthUlsan
  • HobbiesWatching films, cross stitching, walking her dog, gymming etc.
  • SpecialityJazz Dance, art, piano
  • Favourite foodSashimi, cold noodles, seafood
  • Favourite actressNicole Kidman
  • Most respected personMother
  • Part of body most happy witheyes and eyebrow
  • EducationUlsan female institute, bachelor degree in fashion designing at the Seoul National University
  • ReligionChristian(Roman Catholic)
  • Civil status: Single

Music Videos

  • Don't Go Away by Park Yong-ha (2004)...
  • Only by The Jun (2003)...
  • Letter by G.O.D. (2002)...
  • Zoy Project...



Drama

Film

  • 2007: Ssawoom (Quarrel)/Venus and Mars
  • 2006: The Restless
  • 2002: New Citizen (short film)
  • 2001: Last Present (short appearance)

Awards

  • 2007 Daejong Film Awards: Overseas Popularity Award-Female (The Restless)
  • 2007 Paeksang Arts Awards: Movie section Popularity Award-Actress (The Restless)
  • 2005 Paeksang Arts Awards: TV section Popularity Award (Love Story in Harvard)
  • 2004 SBS: Highest Popularity Award for actress (Love Story in Harvard)
  • 2004 SBS: 10 Stars Award
  • 2004 KBS: New Actress Award (Forbidden Love)
  • 2003 SBS: New Star Award (Screen & Stairway to Heaven)


Sunday, November 2, 2008

Optimus Prime VS AMMAR FUNNA

Gadis Itu


Seorang gadis itu ...

yang lembut fitrah tercipta,halus kulit, manis tuturnya,lentur hati... telus wajahnya,setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka,sedalam duka, ceritera hidupnya...

Seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi... cinta untuk dirasa ... namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong pahlawan-pahlawan dunia... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah...

Seorang gadis itu...
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...

Seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman ar-Rasul, pengubat duka & laranya ...
bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah,
dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...

Seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahaya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda...
bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah ...

Seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia... pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...

Seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...

Seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini,
gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerana dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ...

Kerna seorang gadis itu,
yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan,

Seorang gadis itu ...
anugerah istimewa kepada dunia!

Seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia, sebagai ábidah, daíyah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & abah,muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...

seorang gadis itu ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Allah yang menentukan ...
seorang gadis itu dalam kebahagiaan!

Moga ar-Rahman melindungi, merahmati dan merestui,
perjalanan seorang gadis itu ...menuju cintaNYA yang ABADI!

Forumer TKO