Pages

Showing posts with label Ugama. Show all posts
Showing posts with label Ugama. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

japan lizard 10 years






When renovating a house, a construction worker tried to erode the wall.
Houses in Japan usually have an empty space between the walls that are made of wood. When the walls start falling, he found a lizard trapped between the empty space in his feet attached to a nail.
He felt sorry and also curious. When he checked the nail, he found out it apparently had been there 10 years ago when the house was first built.
What happened? How can the small lizzard survive the condition of being trapped for 10 years? , In the dark for 10 years, without moving at all, it is something impossible and unreasonable.
The man was wondering how the lizard can survive for 10 years without moving from his place since his foot was stuck on a nail!


The construction man then stopped the work and silently observe the lizard, what it does and what it ate to survive.
Then, suddenly, another lizard appeared with food in its mouth ........
The man was so touched to see that. Turns out there was a lizard who always took care of that trapped lizard for 10 years. It was a beautiful love ... love. Love can happen even between small animals.
What can be done by love? Of course, a miracle.
Imagine, these lizards never gave up and never stopped feeding its partner for 10 years. Imagine how small animals can have such a wonderful bond and compassion.




SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI. SESUNGGUHNYA HANYA ALLAH LAH MAHA PEMBERI REZKI

Anjing & Islam (Hadith)

Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Ada lima jenis binatang yang tidak berdosa jika seseorang membunuhnya iaitu gagak, burung rajawali, tikus, kala jengking dan anjing gila.”  (Sahih Bukhari)

Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Malaikat tidak akan memasuki rumah yang ada anjing atau ada gambarnya.” (Sahih Muslim No.3929)

Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wa sallam bersabda:  “Barangsiapa memelihara anjing -kecuali anjing penjaga ternak, anjing pemburu, atau anjing penjaga tanaman- pahalanya akan dikurangi satu qirath setiap hari.”  (Muttafaq Alaihi)

Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Apabila anjing minum dari bejana salah seorang di antaramu, cucilah bejana itu tujuh kali.”  (Sahih Bukhari)

Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sucinya tempat air seseorang diantara kamu jika dijilat anjing ialah dengan dicuci tujuh kali, yang pertamanya dicampur dengan debu tanah.” Dikeluarkan oleh Muslim. Dalam riwayat lain disebutkan: “Hendaklah ia membuang air itu.”  Menurut riwayat Tirmidzi: “Yang terakhir atau yang pertama (dicampur dengan debu tanah).”


Anjing yang lalu-lalang di halaman tidak menajiskan, melainkan sekiranya jelas kelihatan anjing itu membuang najis atau menjilat-jilat.
 Abdullah (Ibnu Umar) radhiAllahu ‘anhu berkata, “Anjing datang dan pergi (mundar-mandir) di masjid pada zaman Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dan mereka tidak menyiramkan air padanya.”  (Sahih Bukhari)

Di dalam hadith yang lain, Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu telah meriwayatkan bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:
“Bahwa pada suatu hari yang sangat panas seorang wanita pelacur melihat seekor anjing sedang mengelilingi sebuah sumur sambil menjulurkan lidahnya kerana kehausan.  Ia kemudian melepas sepatu kulitnya (untuk mengambil air sumur yang akan diminumkan kepada anjing), lalu wanita itu diampuni dosanya. (Shahih Muslim No.4163)


Diriwayatkan  oleh Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahwa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi waallam telah bersabda:
“Tatkala seorang lelaki sedang berjalan pada sebuah jalan terasalah olehnya dahaga yang sangat.  Lalu ia mendapati sebuah sumur dan bersegeralah ia meneruninya untuk minum.  Ketika keluar, tiba-tiba dia melihat seekor anjing menjulurkan lidah sambil menjilat-jilati debu karena sangat haus. Lelaki itu berkata:  “Anjing ini sedang kehausan seperti aku tadi” lalu turunlah dia kembali ke dalam sumur untuk memenuhi sepatu kulitnya dengan air lalu digigit agar dapat naik kembali.  Kemudian ia meminumkan air itu kepada anjing tersebut.  ALLAH berterima kasih kepadanya lalu mengampuninya.  Para sahabat bertanya:  “Wahai Rasulullah!  Apakah kami akan mendapatkan pahala kerana binatang-binatang seperti ini?”  Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam menjawab:  “Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.”  (Shahih Muslim No.4162)




http://muzir.wordpress.com/2011/01/18/kasarnya-kita-terhadap-anjing-islam-ajar-begitukah/


Tuesday, August 23, 2011

What is Photography?



Photography is capturing the moment that cant be describe by money

Tuesday, August 9, 2011

Misteri Nostradamus Terbongkar


"Rasulullah SAW. Sebelum baginda dilahirkan, kisah kelahiran baginda telah diceritakan lebih awal di dalam Kitab Taurat dan Injil. Di sana dikenali dengan nama Ahmad, bukan Muhammad sebagaimana setelah dilahirkan. Kelahiran agung itu telah dihafal dan dijiwai oleh pendeta Nasrani dan rahib Yahudi, hingga mereka mengenali sifat Rasulullah SAW itu lebih daripada anak mereka sendiri. Malah ada yang ternanti-nanti kelahiran tersebut dan mengharap Nabi tersebut adalah dari kalangan mereka.

Ketika telah terjadi kelahiran Rasulullah SAW, mereka segera mengenalinya melalui tanda-tanda yang telah tersebut di dalam Kitab Taurat dan Injil.


Thursday, July 21, 2011

Melayu

1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri Terengganu dari tangan BN dalam PRU 1999? (Negeri Terengganu itu majoriti penduduknya adalah Melayu)

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua-dua negeri bermajoriti 95% Melayu (Kelantan dan Terengganu) menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar dikalangan orang Melayu di Kg Berembang (KL), Kg Plentong (JB), Kg Chubadak (KL), Kg Malaysia Tambahan (KL)?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

Thursday, June 23, 2011

Zhang Da, Kisah Seorang Anak Teladan dari Negeri China

Seorang anak di China pada 27 Januari 2006 mendapat penghargaan tinggi dari pemerintahnya karena dinyatakan telah melakukan “Perbuatan Luar Biasa”. Diantara 9 orang peraih penghargaan itu, ia merupakan satu-satunya anak kecil yang terpilih dari 1,4 milyar penduduk China.

Friday, June 17, 2011

Islam & Orang Tengah

ISLAM mengharuskan pekerjaan sebagai orang tengah atau broker (Arab, wasit, simsar) dengan �mengambil upah atau komisen daripada khidmat jualan atau rundingan dalam satu barangan atau projek.

Istilah Arab bagi �pekerjaan ini adalah samsarah (brokerage) atau �wakalah (agensi). Ibnu Sirin menghukumkan aktiviti broker dibenarkan. �Menurutnya, apabila seseorang berkata: “Juallah barang ini dengan harga sekian. Untungnya adalah milik kamu atau kita bahagi bersama,” hukumnya adalah harus. (al-Bukhari, Kitab �al-Ijarah, bab ajr al-samsarah)

Selain itu, perlu diperhatikan syarat yang perlu dipatuhi ketika menjalankan pekerjaan sebagai orang tengah antaranya (1) seseorang itu perlu mengelak daripada melakukan penipuan dan pemalsuan, (2) ada persetujuan antara pemilik, orang tengah dan pelanggan, (3) harga yang ditetapkan tidak terlalu tinggi dan (4) barangan atau khidmat ditawarkan adalah yang halal.

Dengan mematuhi syarat berkenaan, pendapatan dan pekerjaan itu menjadi halal (lihat juga, “Kedudukan Untung yang diambil oleh Broker/Ejen/Orang tengah,” http://insafislam.blogspot.com/2011/04/kedudukan-untung-yang-diambil-oleh.html).

Monday, May 23, 2011

Accident: Qantas A388 near Singapore on Nov 4th 2010, uncontained engine failure

Revised area of interest on the counter-bore (Photo: ATSB)

Wing inner damage (Photo: ATSB)

Engine #2 Detail (Photo: Reuters)

Report Details:-
http://avherald.com/h?article=43309c6d%2F0031&opt=0

Thursday, May 19, 2011

3 Perkara

Wahai Ali, ada Tiga perkara jangan ditunda-tunda; apabila Solat telah tiba waktunya,Jenazah apabila telah siap penguburannya, dan Perempuan apabila telah datang laki-laki yang sepadan meminangnya." - HR Ahmad

Tuesday, May 17, 2011

A Poem..

When you think that there is no one listens,
When you think that there is no one bothers about you,
When you think that you are all alone,
In fact, you are wrong,
He is the one who always remember you.

This life is a gift,
A gift to one who appreciates,
For one who shall benefit it well,
As the gift will unfold itself,
And gives priceless sine qua non,
Irreplaceable memories.

Life has its own cruelty,
Cruel by means of being unjust,
To the lucky victims of its desire,
All they have to do is ironically simple,
To forbearing the viciousness.

The past may give you well life,
Great lives for some blessed people,
With prosperity in a battle,
A battle of studying for some people,
But it would not last for long.

What happens to these people today,
May be the opposite of yesterday,
As well as for tomorrow,
Life has its ups and downs,
For the least expected things.

All I can say now is,
Be prepared for tomorrow,
Give up is not an option in life,
For life has its unforeseen wishes,
And be calm is one ought to do.


-AHA-

Tuesday, April 12, 2011

Maksud Kafir

Kafir (bahasa Arab كافر kāfir; plural كفّار kuffār) secara harfiah bermaksud orang yang menyembunyikan atau mengingkari kebenaran. Dalam terminologi kultural perkataan ini digunakan dalam agama Islam untuk merujuk kepada orang-orang yang mengingkari nikmat Tuhan (Allah) (sebagai lawan dari kata syakir, yang bermaksud orang yang bersyukur). [1]
Kafir berasal dari perkataan kufur yang bermaksud ingkar atau menolak.

Friday, April 8, 2011

Umum al-Balwa



Dalam Islam, Umum al-Balwa merupakan sesuatu yang sudah menjadi umum atau biasa berlaku. Ia menjadi salah satu faktor penentu sesuatu hukum. Sebagai mudah, seseorang yang bergelumang dengan dunia ikan seperti nelayan, tukang angkut ikan, penjual dan lain-lain yang berkaitan dengan ikan, dia tidak boleh elak daripada berhadapan dengan sisik ikan. Jadi, sah wuduknya selepas dia berusaha membersihkan dirinya namun masih lagi terdapat satu atau dua sisik ikan yang terlekap pada anggota wuduk yang tidak disedarinya. Setelah solat baru sedar, maka solatnya sah kerana wuduknya sah. Hukum asal ialah tidak sah wuduk kerana air tidak sampai ke anggota wuduk. Namun hukum tersebut berubah kepada penggelumang dengan ikan kerana kaedah umum al-balwa. Maksudnya sesuatu yang tak dapat dielakkan oleh mereka kerana itulah kerja mereka setiap hari. Walau bagaimanapun bagi kerani perikanan yang duduk hanya di dalam pejabat tidak tertakluk kepada hukum tersebut kerana beliau tidak bergelumang dengan ikan. Maka jika sesekali dia memegang ikan dan terlekat sisik pada tangannya, maka tidak sah wuduknya walau dia baru sedar kewujudannya satu dua sisik selepas solat.

Saturday, March 26, 2011

Mimpiku Pokok Emas


Aku Bermimpi; Dengan Tiba2 aku berhadapan dengan sebatang pokok, yang besar. Tidaklah tinggi mahupun rendah. Pokok yang rendang dan besar akarnya hingga timbul di permukaan tanah.

Dengan Tiba2 pokok itu berubah emas agak kecoklatan dari akar hingga daun. Ku katakan emas karna kilaunya yang sukar digambarkan. Dengan tiba2, daun2 yg rimbun bertukar menjadi kupu2 berterbangan.. Setiap akar yg kekar berubah menjadi ular.. dimana hujung akar mnjadi kepala ular dan bergerak yang terikat akan pokok.

Panik melihat ular, aku terjaga

"Apabila salah seorang dari kalian melihat mimpi yang ia sukai maka sesungguhnya ia datangnya dari Allah Ta'ala maka bertahmidlah (ucapkan "Al hamdulillah") dan kabarkanlah mimpi baik tersebut (kepada orang lain)" (HR. Bukhari dan Muslim)

Tuesday, March 22, 2011

Shake Hand?

A British non muslim man came to a Sheikh and asked: "Why is not permissible in Islam for women to shake hands with a man?" .....The Sheikh said "Can you shake hands with Queen Elizabeth?"..... British non muslim man said "Of course not, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth". Sheikh replied: "Our women are Queens and Queens do not shake hands with strange men".....Subhanallah.

Monday, March 14, 2011

Tsunami Image at Japan (Via Satellite)

Japan

Japan

Thursday, February 24, 2011

Rasulullah dan Limau

Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat.
Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.
Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur.
Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.
Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum.
Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak.
Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.

Tuesday, February 1, 2011

Aib dan Sunnah menutupnya

http://al-qayyim.net/index.php?option=com_content&task=view&id=820&Itemid=69

Tuesday, December 21, 2010

Dr. Yahya Maurice Bucaille



PADA pertengahan tahun 1975, Perancis yang ketika itu di bawah pemerintahan Presiden Francisco Mitterand menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Saturday, December 18, 2010

Asyura: Saintis Buktikan Laut Merah Terbelah Utk Nabi Musa

Di antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah selamatnya Nabi Musa dan Bani Israel dari Firaun dan tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya dalam Laut Merah.

Ayat 50 surah al-Baqarah
menceritakan hal ini dan hadis Nabi menerangkannya. Saintis Barat mengemukakan teori angin bertiup yang membelah Laut Merah untuk Nabi Musa (lihat youtube).

Sunday, November 14, 2010

Masjid Kobe (WW2)

Oleh: blalang

"Kobe Mosque Kobe Japan

Mengenai artikel di isuhangat kisah Masjid yang terselamat dari bencana tsunamisemalam, saya dibuzz oleh seseorang yang memberitahu mengenai masjid yang selamat dari bencana gempa bumi di Jepun.Setelah membrowsing saya terjumpa masjid yang dinyatakan tersebut iaitu Masjid Kobe di Jepun,



tapi maklumat yang saya dapat lebih memeranjatkan dan menunjukkan kekuasaan Allah Taala. Masjid Kobe di Jepun bukan sahaja tahan gegaran gempa bumi tetapi masjid ini terselamat dari bom atom! Subhanallah!


Masjid Kobe merupakan masjid pertama di Jepun. Masjid ini dibina tahun 1928 di Nakayamate Dori, Chuo-ku.

Tahun 1945, Jepun terlibat perang Dunia Kedua. Serangan Jepun atas pelabuhan Pearl Harbour di Amerika Syarikat telah membuat kerajaan Amerika memutuskan untuk menjatuhkan bom atom pertama kali dalam sejarah dunia.

Jepun pun menyerah kalah, tentera Jepun yang berada di Malaya pun sama terlibat turut pulang. Dua bandarnya, Nagasaki dan Hiroshima dibom dengan bom atom oleh Amerika. Semasa itu, bandar Kobe juga tidak ketinggalan menerima akibatnya. Boleh dikata Kobe menjadi padang jarak padang terkukur.

Ketika bangunan di sekitarnya musnah sama sekali, Masjid Muslim Kobe tetap berdiri tegak. Masjid ini hanya mengalami keretakan pada dinding luar dan semua kaca tingkapnya pecah. Bahagian luar masjid
menjadi agak hitam kerana asap serangan bom. Tentera Jepun yang berlindung di bilik bawah tanah masjid selamat dari ancaman bom, begitu juga dengan senjata-senjata yang disembunyikannya. Masjid ini kemudian menjadi tempat pelarian mangsa perang.

Kobe Mosque Kobe Japan

Kobe Mosque Kobe Japan

Kerajaan Arab Saudi dan Kuwait menyumbang dana membaikpulih dalam jumlah yang besar. Kaca-kaca tingkap yang pecah diganti dengan kaca-kaca jendela baru yang didatangkan terus dari German. Sebuah lampu hiasan baru digantungkan di tengah ruangan solat utama. Sistem pengatur suhu bilik juga diletakkan di masjid ini.

Sekolah yang hancur akibat perang kembali dibaikpulih dan beberapa bangunan tambahan pun mula dibina. Umat Islam kembali menikmati kegiatan-kegiatan keagamaan mereka di Masjid Kobe.

Krisis kewangan sering menghimpit ahli jawatankuasa masjid. Cukai bangunan yang tinggi membuat jawatankuasa masjid perlu mengeluarkan cukup banyak bayaran dari simpanannya. Banyak sumbangan dihulurkan untuk menyelesaikan masalah kewangan pembangunan dan mengubah suai masjid ini. Sumbangannya menjadikan Masjid Kobe menjadi semakin berkembang.

Pada tahun 1995, kekukuhan Masjid Kobe diuji lagi dengan gempa bumi paling dahsyat. Tepatnya pada pukul 5.46 pagi, Selasa, 17 Januari 1995. Gempa ini sebenarnya bukan hanya menimpa Kobe saja, tapi juga kawasan sekitarnya seperti South Hyogo, Hyogo-ken Nanbu dan lain-lain.

Meski hanya berlaku selama 20 saat, namun gempa ini mengorbankan seramai 6,433 orang, yang sebahagian besarnya merupakan penduduk bandar Kobe. Selain itu gempa Kobe juga mengakibatkan kerosakan besar bandar seluas 20 km dari pusat gempa.

Gempa bumi itu adalah kedua terburuk di Jepun selepas gempa bumi besar Hanshin-Awaji merupakan gempa bumi terburuk di Jepun sejak gempa bumi besar Kanto 1923 yang mengorbankan 140,000 orang.

Namun hingga kini masjid Kobe tetap berdiri kukuh dan tegak, seakan tidak bergoyah meskipun dilanyak dari berbagai bencana. Semoga dakwah Islam di Jepun seteguh masjid ini.

Gambar Masjid Kobe sekarang.

Kobe Mosque Kobe Japan

Kobe Mosque Kobe Japan

Kobe Mosque Kobe Japan

Kobe Mosque Kobe Japan

Posted @ www.isuhangat.net>

http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=811